Program latihan kemahiran yang dijalankan oleh pusat latihan SEMAI merangkumi program sepenuh masa, "upskilling", program jangka pendek dan program pensijilan melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu.
Program sepenuh masa:-
1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - Tahap 1, 2 dan 3
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - Tahap 4
3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) - Tahap 5
* Sijil diiktiraf melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia
Program "Upskilling" dikhususkan kepada bekas perantis pusat latihan kemahiran yang ingin meningkatkan kemahiran sedia ada bagi memenuhi pasaran pekerjaan semasa. Fokus utama adalah dalam bidang mekanik penjenteraan ladang dan perantis industri minyak & gas serta limbungan kapal.
Program jangka pendek adalah sebagai memenuhi keperluan dalam bidang perladangan.
Program pensijilan melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
SKM melalui PPT membolehkan seseorang individu atau pekerja diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang dimiliki untuk dipersijilkan dengan:-
- SKM Tahap 1, 2 dan 3
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM/Tahap 4)
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM/Tahap 5)
Konsep PPT
Calon/Pekerja + Pengalaman Kerja (Memenuhi keperluan NOSS) = SKM/DKM/DLKM
No comments:
Post a Comment