Program SKM melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Persijilan untuk semua
Sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman dalam bidang kemahiran yang distandardkan melalui NOSS layak memohon untuk dipersijilkan.
KONSEP PPT
CIRI-CIRI UMUM PPT:-
Faedah kepada pekerja:
Sumber Bukti
Persijilan untuk semua
Sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman dalam bidang kemahiran yang distandardkan melalui NOSS layak memohon untuk dipersijilkan.
KONSEP PPT
CIRI-CIRI UMUM PPT:-
- Khas untuk pekerja berpengalaman
- Mekanisme persijilan kemahiran dengan kos yang rendah dan masa yang singkat serta diiktiraf
- Tidak perlu menghadiri kelas/latihan/peperiksaan
KELEBIHAN SKM-PPT
- Memperoleh sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu hadir kelas/latihan/menduduki ujian)
- Peningkatan kerjaya dalam industri pekerjaan masing-masing memerlukan kelayakan formal untuk tujuan kenaikan pangkat dan sebagainya.
- Peluang yang lebih luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Faedah kepada pekerja:
- Mendapat pengiktirafan terhadap pengalaman dan kemahiran yang dimiliki
- Menyediakan laluan kerjaya dan pembangunan diri setanding dengan kelayakan akademik
Faedah kepada majikan:
- Meningkatkan kualiti kerja serta melonjakkan produktiviti syarikat.
- Penganugerahan dan pengiktirafan menggalakkan pekerja lebih komited kepada tugas mereka.
- Menjimatkan kos dan masa kerana pelaksanaan latihan kepada pekerja dikurangkan (pembelajaran melalui pengalaman).
- Mengenalpasti kompetensi pekerja sedia ada seterusnya membantu menyedia perancangan kemajuan kerjaya dan kompetensi pekerja di syarikat masing-masing.
- Mewujudkan suasana kerja yang lebih kompetitif dan kondusif hasil daripada memiliki pekerja yang berkelayakan.
- Meningkatkan motivasi pekerja dan imej syarikat apabila pekerja mereka diiktiraf oleh kerajaan.
Faedah kepada negara:
- Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan.
- Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara.
- Meningkatkan imej negara di mata dunia dari aspek perkhidmatan dan produk yang berkualiti.
- Menjadi tarikan pelabur asing melabur di dalam negara.
BAYARAN SKM-PPT
- Insentif PSMB
- Pembiayaan yuran pendaftaran & pengeluaran sijil SKM/DKM/DLKM melalui PPT
- Tertakluk kepada baki semasa
- Majikan tiada levi/faedah tertunggak
- Tabung PTPK
- Dana pinjaman peningkatan kemahiran untuk pekerja mahir merangkumi Yuran Latihan, Yuran pendaftaran & pengeluaran sijil SKM/DKM/DLKM
- Sendiri
- Melalui tabungan/simpanan sendiri - pelaburan masa depan
KATEGORI PERSIJILAN
STRUKTUR PELAKSANAAN PPT
LALUAN PENGIKTIRAFAN
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran serta memenuhi tempoh pengalaman yang ditetapkan, iaitu:-
Bagi program Pegawai Latihan Vokasional (VTO/VTE/VTM), pemohon hendaklah memenuhi kriteria berikut:-
SYARAT-SYARAT CALON
- Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun bagi permohonan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3
- Berumur sekurang-kurangnya 20 tahun untuk permohonan DKM dan DLKM
- Memenuhi pra-syarat yang digariskan dalam Standard
- Memiliki SKM pada tahap yang lebih rendah untuk mendapatkan SKM yang lebih tinggi dalam program yang sama
- Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kemahiran pada tahap yang dipohon
PENILAIAN
Tujuan penilaian adalah untuk menyemak, menilai dan menentusahkan bukti keterampilan calon berdasarkan NOSS.
Metodologi Penilaian
Tempoh Penilaian
Penilaian Program VTO/DKM/DLKM
Program VTO
- Semakan, penilaian dan pengesahan bukti-bukti keterampilan (Portfolio)
- Semakan, penilaian dan pengesahan WIM yang dibangunkan ( 3 set teori & 3 set amali)
- Penilaian teknik mengajar (Pra-pembentangan)
Program DKM/DLKM
- Semakan, penilaian dan pengesahan bukti-bukti keterampilan (Portfolio)
- Semakan, penilaian dan pengesahan projek (memenuhi 80% keperluan NOSS)
- Semakan, penilaian dan pengesahan laporan projek
PORTFOLIO
BUKTI-BUKTI KETERAMPILAN
Syarat Bukti
Sumber Bukti
Jenis Bukti Kukuh
- Semua bukti keterampilan perlu disahkan oleh PP-PPT; dan
- Bukti tidak terhad kepada senarai di bawah sahaja, calon boleh mengemukakan bukti lain yang boleh disahkan sahih dan boleh percaya.
Jenis Bukti Sederhana
- Semua bukti keterampilan perlu disahkan oleh PP-PPT; dan
- Bukti jenis ini memerlukan bukti tambahan, atau semakan melalui siasatan/temuduga/lawatan ke tempat kerja calon.
Projek DKM/DLKM
- Satu latihan ilmiah untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada pengalaman serta kemahiran yang dimiliki
- Pembangunan projek adalah secara individu. Perkongsian atau pemilihan tajuk projek yang sama di kalangan calon tidak dibenarkan
- Ciri-ciri projek:
- Memenuhi 80% keperluan NOSS
- Mempunyai nilai keaslian yang tinggi
- Mempunyai nilai kekemasan yang tinggi
- Mempunyai unsur kreativiti dan inovasi
- Berfungsi dengan baik
- Logik dan boleh digunapakai
- Calon akan dibimbing oleh PP-PPT bagi pembangunan dan pembentangan projek serta penyediaan laporan projek
VERIFIKASI
Proses menentusahkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh PP-PPT
Proses Verifikasi
PERSIJILAN
- Sijil hanya dikeluarkan setelah verifikasi terhadap bukti keterampilan calon selesai dilaksana oleh PPL-PPT
- Calon/PP-PPT/PPL-PPT perlu melengkapkan Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) - JPK/PPT/1003(P1)
- Syarat persijilan adalah seperti berikut:
Program SKM 1, 2 dan 3:
- Sijil (SKM a, 2 & 3) - Terampil semua Duti & Tugasan / CU & WA; atau
- Penyata Pencapaian (PC) - Terampil sebahagian Duti & Tugasan / CU & WA
Program VTO/DKM/DLKM:
- Sijil (VTO/DKM/DLKM) - Memenuhi syarat persijilan
- Terampil semua Duti (Portfolio)
- Terampil sesi pembentangan
- Terampil pembangunan WIM (3 set teori dan 3 set praktikal) bagi program VTO; atau
- Terampil penulisan laporan projek bagi DKM/DLKM; dan
- Bagi calon yang gagal mana-mana syarat di atas atau tidak hadir sesi pembentangan, calon akan dianggap gagal
- Gagal - Tidak memenuhi syarat persijilan di atas.
No comments:
Post a Comment