Wednesday, April 29, 2015

Program SLDN

Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)


SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran, tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ia dikendalikan melalui usahasama antara Syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.  


Jangka Masa
Jangka masa adalah berdasarkan kepada bidang dan Tahap Persijilan
Nisbah Amali- Teori
70 - 80 % Latihan amali di dalam situasi pekerjaan sebenar
20 - 30 % Kelas teori yang berkaitan di pusat latihan
Kaedah Penyampaian
Day Release System
- Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam syarikat dan diikuti oleh satu hari kelas teori yang berkaitan di pusat latihan.


Block Release System (jika perlu)
- Contohnya 3-4 bulan latihan praktikal diikuti dengan 1-4 minggu kelas teori berkaitan.
Pelatih
Lepasan SPM; dan/atau 
Pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. 
Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan
Elaun Latihan
(Sekiranya latihan dijalankan dalam masa 2 tahun)
Semester 1 – RM 350.00 Sebulan
Semester 2 – RM 400.00 Sebulan
Semester 3 – RM 450.00 Sebulan
Semester 4 – RM 500.00 Sebulan
Penganugerahan Kelayakan
Sijil K-Pekerja, setaraf dengan SKM Tahap 3 atau DKM Kelayakan (Tahap 4) atau DLKM (Tahap 5) yang diluluskan oleh JPK dan pertubuhan majikan yang berkaitan.


Faedah SLDN kepada Majikan

Insentif Kewangan
  • Mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan.
  • Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak.
Peningkatan Kualiti Produktiviti
  • Meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di industri.
  • Meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.
  • Meningkatkan daya saing kerana syarikat/ majikan dibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi.
  • Meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini semasa proses pembelajaran.
Pembangunan Human Capacity
  • Meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri.
  • Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja.
  • Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosial negara.
  • Membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada.
  • Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.

Faedah SLDN kepada pekerja/perantis

Elaun
  • Perantis layak menerima elaun bulanan minumum oleh pihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti berikut
Semesta
Elaun Minimum Sebulan
Pertama
RM 350
Kedua
RM 400
Ketiga
RM 450
Keempat
RM 500
Persijilan
  • Setelah menjalani kursus selama 2 tahun perantis akan dianugerahkan sijil k-Pekerja SLDN (sama taraf dengan SKM tahap 3) yang diperakui oleh MLVK dan industri yang berkaitan
Pembangunan Kerjaya
  • Perantis yang berjaya menamatkan kursus selama 2 tahun berpeluang mengikuti peningkatan kerjaya seperti berikut :
a. Layak mengikuti program DKM.
b. Pengajar di industri institut latihan.
c. Bekerja sendiri.
d. Peluang kenaikan pangkat.


Tuesday, April 28, 2015

Persijilan Melalui Kaedah PPT

Program SKM melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Persijilan untuk semua
Sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman dalam bidang kemahiran yang distandardkan melalui NOSS layak memohon untuk dipersijilkan.

KONSEP PPT



CIRI-CIRI UMUM PPT:-
  1. Khas untuk pekerja berpengalaman
  2. Mekanisme persijilan kemahiran dengan kos yang rendah dan masa yang singkat serta diiktiraf
  3. Tidak perlu menghadiri kelas/latihan/peperiksaan
KELEBIHAN SKM-PPT

  1. Memperoleh sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu hadir kelas/latihan/menduduki ujian)
  2. Peningkatan kerjaya dalam industri pekerjaan masing-masing memerlukan kelayakan formal untuk tujuan kenaikan pangkat dan sebagainya.
  3. Peluang yang lebih luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Faedah kepada pekerja:

  • Mendapat pengiktirafan terhadap pengalaman dan kemahiran yang dimiliki
  • Menyediakan laluan kerjaya dan pembangunan diri setanding dengan kelayakan akademik
Faedah kepada majikan:
  • Meningkatkan kualiti kerja serta melonjakkan produktiviti syarikat.
  • Penganugerahan dan pengiktirafan menggalakkan pekerja lebih komited kepada tugas mereka.
  • Menjimatkan kos dan masa kerana pelaksanaan latihan kepada pekerja dikurangkan (pembelajaran melalui pengalaman).
  • Mengenalpasti kompetensi pekerja sedia ada seterusnya membantu menyedia perancangan kemajuan kerjaya dan kompetensi pekerja di syarikat masing-masing.
  • Mewujudkan suasana kerja yang lebih kompetitif dan kondusif hasil daripada memiliki pekerja yang berkelayakan.
  • Meningkatkan motivasi pekerja dan imej syarikat apabila pekerja mereka diiktiraf oleh kerajaan.
Faedah kepada negara:
  • Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan.
  • Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara.
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia dari aspek perkhidmatan dan produk yang berkualiti.
  • Menjadi tarikan pelabur asing melabur di dalam negara.
BAYARAN SKM-PPT
  • Insentif PSMB 
    • Pembiayaan yuran pendaftaran & pengeluaran sijil SKM/DKM/DLKM melalui PPT
    • Tertakluk kepada baki semasa
    • Majikan tiada levi/faedah tertunggak 
  • Tabung PTPK
    • Dana pinjaman peningkatan kemahiran untuk pekerja mahir merangkumi Yuran Latihan, Yuran pendaftaran & pengeluaran sijil SKM/DKM/DLKM
  • Sendiri
    • Melalui tabungan/simpanan sendiri - pelaburan masa depan

KATEGORI PERSIJILAN


STRUKTUR PELAKSANAAN PPT


LALUAN PENGIKTIRAFAN


SYARAT PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran serta memenuhi tempoh pengalaman yang ditetapkan, iaitu:-


Bagi program Pegawai Latihan Vokasional (VTO/VTE/VTM), pemohon hendaklah memenuhi kriteria berikut:-


SYARAT-SYARAT CALON
  • Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun bagi permohonan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3
  • Berumur sekurang-kurangnya 20 tahun untuk permohonan DKM dan DLKM
  • Memenuhi pra-syarat yang digariskan dalam Standard
  • Memiliki SKM pada tahap yang lebih rendah untuk mendapatkan SKM yang lebih tinggi dalam program yang sama
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kemahiran pada tahap yang dipohon

PENILAIAN

Tujuan penilaian adalah untuk menyemak, menilai dan menentusahkan bukti keterampilan calon berdasarkan NOSS.

Metodologi Penilaian



Tempoh Penilaian


Penilaian Program VTO/DKM/DLKM

Program VTO
  • Semakan, penilaian dan pengesahan bukti-bukti keterampilan (Portfolio)
  • Semakan, penilaian dan pengesahan WIM yang dibangunkan ( 3 set teori & 3 set amali)
  • Penilaian teknik mengajar (Pra-pembentangan)
Program DKM/DLKM
  • Semakan, penilaian dan pengesahan bukti-bukti keterampilan (Portfolio)
  • Semakan, penilaian dan pengesahan projek (memenuhi 80% keperluan NOSS)
  • Semakan, penilaian dan pengesahan laporan projek

PORTFOLIO 




BUKTI-BUKTI KETERAMPILAN

Syarat Bukti


Sumber Bukti


Jenis Bukti Kukuh
  • Semua bukti keterampilan perlu disahkan oleh PP-PPT; dan
  • Bukti tidak terhad kepada senarai di bawah sahaja, calon boleh mengemukakan bukti lain yang boleh disahkan sahih dan boleh percaya.

Jenis Bukti Sederhana
  • Semua bukti keterampilan perlu disahkan oleh PP-PPT; dan
  • Bukti jenis ini memerlukan bukti tambahan, atau semakan melalui siasatan/temuduga/lawatan ke tempat kerja calon.


Projek DKM/DLKM
  • Satu latihan ilmiah untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada pengalaman serta kemahiran yang dimiliki
  • Pembangunan projek adalah secara individu. Perkongsian atau pemilihan tajuk projek yang sama di kalangan calon tidak dibenarkan
  • Ciri-ciri projek:
    • Memenuhi 80% keperluan NOSS
    • Mempunyai nilai keaslian yang tinggi
    • Mempunyai nilai kekemasan yang tinggi
    • Mempunyai unsur kreativiti dan inovasi
    • Berfungsi dengan baik
    • Logik dan boleh digunapakai
  • Calon akan dibimbing oleh PP-PPT bagi pembangunan dan pembentangan projek serta penyediaan laporan projek

VERIFIKASI

Proses menentusahkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh PP-PPT

Proses Verifikasi

PERSIJILAN
  • Sijil hanya dikeluarkan setelah verifikasi terhadap bukti keterampilan calon selesai dilaksana oleh PPL-PPT
  • Calon/PP-PPT/PPL-PPT perlu melengkapkan Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) - JPK/PPT/1003(P1)
  • Syarat persijilan adalah seperti berikut:
Program SKM 1, 2 dan 3:
  • Sijil (SKM a, 2 & 3) - Terampil semua Duti & Tugasan / CU & WA; atau
  • Penyata Pencapaian (PC) - Terampil sebahagian Duti & Tugasan / CU & WA
Program VTO/DKM/DLKM:
  • Sijil (VTO/DKM/DLKM) - Memenuhi syarat persijilan
    • Terampil semua Duti (Portfolio)
    • Terampil sesi pembentangan
    • Terampil pembangunan WIM (3 set teori dan 3 set praktikal) bagi program VTO; atau
    • Terampil penulisan laporan projek bagi DKM/DLKM; dan
    • Bagi calon yang gagal mana-mana syarat di atas atau tidak hadir sesi pembentangan, calon akan dianggap gagal
  • Gagal - Tidak memenuhi syarat persijilan di atas.



Program Jangka Pendek

Program Latihan Jangka Pendek

Sasaran:-

  • Terbuka kepada individu yang berminat
  • Berumur 20 tahun ke atas
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk bekerja dalam bidang perladangan

Program yang ditawarkan:-

1. Kursus Menggred Buah Sawit

2. Kursus Pengurusan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian Sawit

3. Kursus Pemanduan Jentera 

4. Kursus Penuaian Sawit Bermotor


Jangkamasa Program:-

Kursus 1 hingga 3 : 5 hari
Kursus 4                : 10 hari

Kelebihan:-
* Sijil dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC)

Program Peningkatan Kemahiran/"Upskilling"

Program "Upskilling"

Objektif:-

Meningkatkan kebolehpasaran perantis dalam industri perladangan yang mempunyai bengkel jentera serta peralatan, mesin dan jentera berat ladang serta industri minyak dan gas di Malaysia.

1. Mekanik Penjenteraan Ladang

  • Program ini disasarkan kepada bekas perantis Giat mara dalam bidang automotif.
  • Latihan yang diberi adalah khusus tentang peralatan, mesin dan jentera perladangan


2. Pekerja Mahir di Sektor Minyak dan Gas @ Limbungan Kapal
  • Program disasarkan kepada pelajar lepasan SPM atau bekas perantis mana-mana pusat latihan kemahiran serta individu yang berminat.
  • Latihan secara teori di pusat latihan dan praktikal di tempat majikan (O&G/limbungan)


Tempoh Latihan:-

Kursus 1 : 4 minggu
Kursus 2 : 2 hingga 4 minggu

Peluang Kerjaya:-

1. Syarikat perladangan SIME DARBY, dll (Mekanik jentera/mesin)
2. Syarikat Minyak dan Gas Altus (200 kekosongan SEGERA - welder/supervisor/fitter/assistant fitter)


Sunday, April 26, 2015

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) - Tahap 1, 2 dan 3

Program yang ditawarkan:-

1. Kursus Penyeliaan & Operasi Perladangan Kelapa Sawit (RB-081-3:2012) - SKM Tahap 3




2. Kursus Mekanisasi & Operasi Perladangan Kelapa Sawit (RB-082-2/3:2012) - SKM Tahap 2 & 3




3. Pemprosesan Kelapa Sawit/Palm Oil Processing (RB-080-2/3:2011) - SKM Tahap 2 & 3




Syarat-syarat kemasukan:-

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM/SPM(V), minima 1 kredit atau 2 tahun pengalaman bekerja di sektor perladangan/penjenteraan/pengilangan
3. Berumur 18 hingga 40 tahun
4. Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia.


Tempoh Kursus:-

1. SKM Tahap 3                             : 12 bulan
2. SKM Tahap 2 & 3 (single tier)  : 19 bulan




Yuran Kursus:-

  • Pembiayaan melalui pinjaman tabung PTPK/dana pihak penaja
  • Elaun sara hidup bulanan

Peluang Kerjaya:-
  • Pelbagai syarikat perladangan di seluruh negara 
  • Kilang pemprosesan kelapa sawit seluruh negara
  • Tenaga pengajar program SKM
  • Usahawan/kontraktor bidang perladangan sawit
* Terdapat 5 juta hektar ladang sawit di Malaysia
* 418 buah kilang sawit, 51 buah kilang penapis, 18 buah loji oleokimia, 25 buah loji biodesel dan 43 buah pelumat








Program latihan kemahiran yang dijalankan oleh pusat latihan SEMAI merangkumi program sepenuh masa, "upskilling", program jangka pendek dan program pensijilan melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu.



Program sepenuh masa:-

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - Tahap 1, 2 dan 3
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - Tahap 4
3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) - Tahap 5

* Sijil diiktiraf melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia


Program "Upskilling" dikhususkan kepada bekas perantis pusat latihan kemahiran yang ingin meningkatkan kemahiran sedia ada bagi memenuhi pasaran pekerjaan semasa. Fokus utama adalah dalam bidang mekanik penjenteraan ladang dan perantis industri minyak & gas serta limbungan kapal.




Program jangka pendek adalah sebagai memenuhi keperluan dalam bidang perladangan.






Program pensijilan melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) 

SKM melalui PPT membolehkan seseorang individu atau pekerja diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang dimiliki untuk dipersijilkan dengan:-

  • SKM Tahap 1, 2 dan 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM/Tahap 4)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM/Tahap 5)

Konsep PPT

Calon/Pekerja + Pengalaman Kerja (Memenuhi keperluan NOSS) = SKM/DKM/DLKM


Selamat Datang ke Skill Enhancement for Manpower Institute (SEMAI)

 Pusat Latihan SEMAI beroperasi di AKLI, Kota Tinggi, Johor. Menawarkan program latihan dan kursus yang menepati Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan diperakui dengan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut piawaian Rangkakerja Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework).Tenaga pengajar di SEMAI terdiri daripada pengamal-pengamal industri yang berpengalaman, berkelayakan dan bertauliah dalam bidang masing masingSasaran peserta adalah di kalangan pelajar lulusan SPM yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 SEMAI berhasrat membangunkan tenaga kerja  berkemahiran dan berketerampilan yang disasarkan kepada industri sawit dan lain-lain industri yang memerlukan merekaKursus juga terbuka kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.