Kerjaya dalam bidang pengurusan perladangan
Kerjaya
|
Kelayakan
|
Pengurus Ladang
|
Ijazah Sarjana
|
Eksekutif Perladangan
|
Diploma atau Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda
|
Penyelia
|
Sijil Kemahiran Malaysia 3
|
Mandur
|
Sijil Kemahiran Malaysia 1 dan 2
|
Selain daripada menawarkan pekerjaan dalam bidang perladangan, industri kelapa sawit juga menawarkan pekerjaan dalam sektor perkilangan dan penyelidikan.
Sektor Pengilangan Kelapa Sawit
Buah tandan segar (FFB) yang dituai di ladang akan dibawa ke kilang kelapa sawit lalu diproses untuk mendapatkan minyak sawit mentah (CPO). Pekerja yang terlibat dalam pemprosesan kelapa sawit adalah seperti berikut:
- Staf Pelatih (Trainee staff)
- Staf (Staff)
- Staf Senior (Senior staff)
- Jurutera pelatih (Trainee Engineer)
- Jurutera Pembantu (Assistant Engineer)
- Jurutera (Engineer)
- Jurutera senior (Senior Engineer)
- Jurutera Kumpulan (Group Engineer)
Kilang kelapa sawit akan diketuai oleh jurutera dandang (Steam Engineer). Jurutera dandang akan dibantu oleh dua orang jurutera pembantu (Assistant Engineer) iaitu jurutera pembantu (pemprosesan) dan jurutera pembantu (mekanikal).
Sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kelapa Sawit
Selain daripada itu, industri kelapa sawit juga menawarkan kerjaya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dalam sektor ini, ahli yang terlibat adalah seperti berikut:
- Ahli agronomi
- Pakar tanah
- Pembiak tumbuhan
- Ahli entomologi
- Saintis makanan
- Pakar pemakanan
- Ahli oleokimia
Kepada bekas pelatih KOML atau SKM yang lain dan juga lepasan SPM...peluang pembelajaran dalam bidang kemahiran sangat banyak terdapat di Pusat Latihan Kemahiran seluruh negara dalam pelbagai bidang dan salah satu nya adalah bidang perladangan sawit. Sektor Perladangan Sawit memerlukan ramai tenaga kerja berkemahiran dan berketerampilan untuk operasi ladang seluruh negara. Masih ramai yang mempunyai salah tanggapan apabila dikaitkan dengan industri sawit..industri sawit akan banyak menggunakan teknologi penjenteraan dalam operasi nya di masa hadapan dan bukan nya menggunakan tenaga manusia semata2..sebab itu tenaga kerja tempatan berkemahiran sangat diperlukan. Ramai dikalangan anak anak tempatan yang di FELDA dan FELCRA akan mendapat manafaat dengan kemahiran ini..setidak tidaknya dapat mengaplikasikan ilmu kemahiran yang dipelajari untuk ladang atau kebun sendiri..kenapa tidak sahut cabaran saya dengan mengikuti kursus dibidang sawit. Dapatkan borang permohonan dan daftar segera. Dapatkan borang di www.semaiinnotech.com
ReplyDeleteAnda bekas pelajar SKM dan ingin melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran sama tetapi tak tahu macam mana caranya.
ReplyDeleteTahukah anda Sijil Kemahiran Malaysia sangat mudah diperolehi jika anda tahu caranya. Jabatan Pembangunan Kemahiran menyediakan tiga (3) kaedah untuk mendapatkan SKM.
a) Melalui pembelajaran sepenuh masa di Pusat Latihan dan lulus.
b) Melalui Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT) - perlu bangunkan portfolio untuk bukti bukti yang anda perolehi sepanjang bekerja.
c) Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) - Program yang dilaksanakan di tempat anda berkerja yang di pantau oleh Pegawai JPK dan Pusat latihan. Anda juga mendapat insentif setiap bulan.
Inilah kaedah yang disediakan oleh JPK untuk anda mencapai impian anda untuk berjaya dalam kehidupan masa depan.